MISI
Menjadikan sekolah sebagai institusi pendidikan yang berkesan, berkualiti, berteraskan Falsafah Pendidkan Kebangsaaan dan Sekolah Bestari.
VISI
Mewujudkan iklim sekolah yang kondusif demi kecemerlangan pendidikan berasaskan pembentukan minda, sahsiah dan budaya kerja cemerlang.
BUDAYA
SERI SAUJANAKU CEMERLANG
SMK Seri Saujana
Menjadi kebanggaan bangsa
Cemerlang berjaya menjadi impian
Menuju cita-cita dan wawasan
SMK Seri Saujana
Menjadi harapannya bangsa
Berilmu Berdisiplin dan Berwawasan
Membentuk generasi yang mulia
Berusaha mencapai cita
Itulah pegangan kita
Ilmu yang bakal ditimba
Mencorak akhlak mulia
LENCANA

Resam padi harus menjadi tradisi pelajar-pelajar di sekolah ini, “Semakin tunduk, semakin berisi”. Semakin banyak ilmu di dada semakin beradab dan berbudaya serta saling hormat-menghormati sesama insan.

Melambangkan kepentingan memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Melambangkan pelajar bestari dalam era teknologi maklumat dan komunikasi.

5 gelung melambangkan perkembangan potensi pelajar sebagai insan seimbang, harmonis dan berakhlak mulia, merangkumi aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain itu, memperlihatkan pembangunan sahsiah pelajar-pelajar di sekolah ini ke arah membentuk sebuah negara perindustrian yang maju.
Maksud Warna-warna Dalam Lencana
Warna Biru Melambangkan integrasi dan perpaduan kaum ke arah satu wawasan. Warna biru juga memperlihatkan keharmonian pelajar dan persekitaran sekolah.
Warna Merah Melambangkan sifat keberanian pelajar serta semangat tabah untuk menghadapi segala cabaran dan perubahan.
Warna Putih Melambangkan niat suci dan keikhlasan yang dipupuk dalam menuntut ilmu pengetahuan ke arah membentuk insan yang sempurna.